Monday, December 1, 2014

KEBAIKAN MANDI SUSU



Semua wanita pasti mendambakan kulit yang mulus dan cantik. Pelbagai cara yang dilakukan oleh sesorang wanita demi menjaga kecantikan kulit. Salah satunya adalah melalui MANDI SUSU atau "MILK BATH".

Banyak kebaikan yang dapat diperolehi dari mandi susu terutamanya dari segi kesihatan dan kecantikan.

Mandi susu sangat digemari kerana ia boleh melembut dan mencerahkan kulit. Antara 5 kebaikan mandi susu iaitu :

  1. Menyental kulit mati
  2. Melembabkan kulit
  3. Menganjalkan kulit
  4. Mengurangkan tekanan
  5. Menghalang kedutan


Sejarah mencatatkan Permaisuri Kerajaan Mesir Purba, Cleopatra, bukan sahaja terkenal sebagai antara wanita paling cantik didunia, beliau juga dicemburui kerana memiliki kulit lembut, berseri dan halus mulus. Berdasarkan dokumen lampau yang merekodkan kehidupannya, Cleopatra dilaporkan gemar mandi susu kerana mempercayai kebaikan bahan semulajadi itu pada kulit.

Cleopatra bukan sembarangan wanita kerana walaupun memiliki kecantikan yang memukau, beliau juga pemerintah terakhir Mesir Purba, mempamerkan kebijaksanaan biarpun dalm perkara harian termasuk pemilihan bahan penjagaan untuk kulit. Dikatakan beliau gemar berendam dalam mandian susu kambing yang ditabur dengan kelopak bunga mawar . Bunga mawar pula dikatakan mampu mengurangkan bau susu yang sedikit kuat.

Susu mengandungi 2 jenis asid semulajadi iaitu:

  • Asid laktik
  • Asid Alfa Hidrosi (AHA)
Kedua-dua jenis asid ini kini banyak dicampurkan dalam bahan kecantikan kerana keberkesanannya memberi rawatan anti penuaan secara lembut.

Menurut kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat, nutrien tertentu yang ada pada susu mampu mengurangkan masalah jerawat yang serius. Antara kandungannya ialah zink yang didapati mampu memperbaiki masalah kulit termasuk kesan jerawat.

Susu juga mengandungi vitamin A yang mempunyai kesan topikal lembut pada kulit, juga dikenali sebagai retinoid, yang digunakan sesetengah individu bagi merawat jerawat, membersihkan liang roma dan mengurangkan masalah radang kulit.

Minum susu pula boleh membantu mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin A mempunyai terapi bagi menghasilkan kulit mulus.

Apabila disapu pada kulit, ia membantu untuk memulihkan kulit rosak akibat pencemaran persekitaran selain melembapkan kulit.

Anda boleh dapatkan rawatan mandi susu di SCENTUAL BEAUTY - Muslimah hair & Beauty Spa dengan harga yang perpatutan serta boleh dapatkan pakej yang lebih jimat!!!

Call untuk appoointment 016-4126677 atau anda boleh walk in ke spa kami beralamat di No 19-1 Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment